Saturday, April 30, 2016

TAK SAMPAI 1 JAM NIKAH, WANITA INI KENA CERAI DENGAN TALAK TIGA



#Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.

#Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.

 
#Mas Kahwin RM 22,222.22

#Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nak share sikit cetira yang pernah terjadi depan aku dulu.

#Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak #RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pun lelaki ni bukan calang-calang orang juga.

#Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz

#So sampai la hari akad nikah, happy je dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.

#Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu

#Hantaran pun bertukar tangan begitu juga dengan mas khawin. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba sedara dari pihak perempuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"

#Terus bangun pengantin perempuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin lelaki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak perempuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"

#"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ini..."

#Yang pengantin lelaki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia ambil microphone lepas itu dia cakap.

#"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni. Saja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yang berkepok-kepok duit 50 dengan 100.


#Cerai Terus

#"Takpa la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak tiga.

#Assalamualaikum"

#Drop microphone

#Salam-salam terus gerak.

#Tu la...Dah ada orang nak tu kira nasib baik la bai. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pun boleh petik. Kau bukak wechat. Berapa ramai yang serah diri free? Kau ingat lelaki-lelaki dalam drama jam 7 tu wujud ke?

Friday, April 29, 2016

Patutlah Ayah Pin Meninggal.. Dikataan Pekara Aneh Berlaku... Akhirnya Isteri Buka Mulut Dedahkan Perkara Sebenar Berlaku..!!


#Dilaporkan terdapat kejadian aneh yang berlaku semasa pengebumian ayah pin,.

#Namun admin tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut. Bersama-sama kita sedekahkan al fatihah pada arwah ayah pin…pembaca boleh membaca berita dari BERNAMA ini..


#Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan mengamalkan ajaran sesat 'kerajaan langit' meninggal dunia malam tadi.
Arifin, 74, meninggal dunia di rumah isteri ketiganya, Che Jaharah Awang, di Kampung Batu 13, Hulu Besut pada kira-kira jam 8.30 malam tadi kerana sakit tua.

#Menurut Che Jaharah, 56, suaminya itu didapati tidak sihat terutama sejak kembali semula ke Kampung Batu 13 selepas melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa pada 2005.

#"Arwah mempunyai banyak penyakit dan sejak akhir-akhir ini kesihatannya sering terganggu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

#Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 1986 telah mengeluarkan arahan bahawa ajaran dibawa Ayah Pin bertentangan dengan Islam dan sesat.

#Pada Ogos 2005, Pejabat Tanah Besut juga telah mengambil tindakan merobohkan bangunan termasuk replika binaan yang didirikan Ayah Pin di sekitar kawasan tempat mereka mengadakan perhimpunan dengan pengikutnya kerana bertentangan dengan Islam.

#Semasa mengetuai kerajaan langit, Arifin dipercayai berjaya mengumpulkan lebih 150 pengikut.

#Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Arifin melalui Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut hari ini.

#Jenazah Arifin dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu 13 di Besut hari ini.

Thursday, April 28, 2016

""AKU TAK NAK KAU CULIK AKU .. AKU TAK NAK KAHWIN LARI !! JANGAN GODA AKU BEGINI !! "" Setelah Mereka ini "KANTOI" dengan suaminya akibat culik isterinya .. Apa yang terjadi diluar dugaan hambek kau !!



# Tak kira adat apa pun, setiap kaum memiliki adat dan tradisi yang menjadi lambang atau jati diri seseorang.Culik perempuan mana-mana yang disukai untuk dijadikan isteri di Kyrgyzstan.

#Motif utama wanita di negara ini diculik bukannya untuk menuntut wang tebusan, tetapi untuk dijadikan ISTERI.

#Itulah sebahagian adat pelik yang diamalkan masyarakat di Kyrgyzstan dimana perempuan boleh diculik bila-bila masa sahaja untuk dijadikan isteri. Inilah satu-satunya negara di dunia dimana kes penculikan dianggarkan berlaku setiap 40 minit dan adat tradisi ini dipanggil 'Alakachu' yang bermaksud 'Rebut & Lari'.

#Caranya adalah, para lelaki akan memandu sekitar bandar untukmencari bakal isterinya, jika terjumpalah mana-mana wanita yang berkenan di hati, perempuan tersebut akan diheret ke dalam kereta dan terus di bawa lari ke rumah lelaki itu. Tambahan lagi keluarga pihak lelaki telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.

#Setibanya 'pengantin' perempuan, keluarga pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya memujuk perempuan itu untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

#Secara statistik, 50% wanita negara itu yang telah berkahwin sekarang adalah mangsa penculikan. Sebab itulah kes bunuh diri dan penceraian sering kali berlaku di Kyrgyzstan.

ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahinya, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya yang pasti membuatkan kamu tidak dapat berkata-kata langsung. Ya Allah...lindungilah wanita ini. Aminnn...

#Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus.

#“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang menyangka suaminya telah pulang.

#Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

#Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang datang.

#Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya.

#“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

#“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya.

#“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini.

#Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan menjaganya juga.

#“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,” katanya.

#Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi.

#Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di Bangi.

#Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

#“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.

#“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya.

#Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan diri yang sah.


#Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut.

#“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal berdua,” ujarnya.

#p/s: Tak tahu lah apa cerita makcik ni sekarang

Inilah 5 CERITA SERAM Lebuhraya LPT 2 Yang Tak Pernah Anda DENGAR !!!


#Inilah 5 CERITA SERAM Lebuhraya LPT 2 Yang Tak Pernah Anda DENGAR !!! | Lebuhraya pantai timur fasa 2 (LPT 2) sepanjang 184km dari Jabor ke Kuala Terengganu adalah sambungan dari LPT fasa 1 dari Kuantan ke Karak (169km). Lebuhraya ini dibuka secara berperingkat sehingga siap dan dibuka sepenuhnya pada awal 2015.

#Sejak awal pembinaan sehinggalah ke pembukaan sepenuhnya LPT fasa 2 ini banyak cerita-cerita yang berunsur mistik dan dikaitkan dengan alam ghaib kedengaran berlaku di sini. Menariknya, peristwa-peristiwa yang berlaku kebanyakannya terjadi di ‘area’ yang sama antaranya :
– RNR ajil
– Antara susur Bukit Besi dan Susur Ajil
– RNR Perasing
– Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
#Aku sendiri sebagai seorang yang selalu berulang-alik antara Paka dan Kuala Terengganu sebenarnya amat jarang menggunakan lebuhraya ni sebab jarak lebuhraya dari Paka ke Kuala Terengganu sebenarnya lebih jauh berbanding jalan pantai sebab tempat tujuan aku di Kuala Terengganu agak jauh dari susur keluar untuk kawasan tu. Kalau dari Kuala Lumpur atau ke Kuala Lumpur barulah berbaloi untuk gunakan LPT 2 ni sebab menjimatkan masa dari 6 jam ke 4 jam perjalanan. Alhamdulillah , setakat ni aku belum pernah mengalami apa-apa kejadian mistik atau misteri sepanjang menggunakan LPT 2.
#Ramai sahabat-sahabat aku yang selalu menggunakan LPT 2 untuk urusan ke Kuala Lumpur atau pulang ke rumah keluarga atau berulang-alik ke Kuala Terengganu. Ada di antara mereka yang mengalami sendiri kejadian aneh, mistik dan misteri. Bacaan seterusnya agak menyeramkan terutamanya jika anda sedang memandu sendirian di LPT 2 di waktu malam gelap gelita.
#Cerita satu
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : awal 2014
Waktu : 12.00 Tengah malam – 1.00 pagi
#“Aku dari KL nak balik ke Kuala Terengganu, naik LPT , exit di Jabor lepas tu naik balik highway kat Paka. Lepas dalam 2 KM aku macam perasan ada sesuatu kat tepi kereta aku. Bila aku toleh ke kanan, nampaklah satu lembaga putih terbang kat tepi cermin kereta aku. Aku pun bacalah ayat kursi, pasang CD Al-Quran dan elakkan dari panik, terus drive ke depan. Sampailah kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun makhluk tu hilang. Waktu tu anak dan isteri aku semua tidur, memang aku tak kejutkan diorang takut diorang histeria.”
#Cerita dua
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : Pertengahan 2014
Waktu : Antara 11.00 malam ke 12.00 tengah malam
#“Aku dari GPP2 nak balik ke Kuala Terengganu, masa tu shutdown jadi memang terpaksa balik lewat. Aku naik highway kat exit Paka, mulanya takde apa-apa lepas tu aku terpandang kat cermin pandang belakang, ada makhluk macam kain putih terbang belakang kereta aku. Aku pun tengok balik betul-betul, confirm memang ada yang mengikut. Aku tekan minyak, lagi laju dia kejar. Aku terus drive sampai kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun, makhluk tu terus hilang. Betullah orang tua-tua cakap, sungai ni sempadan makhluk nampak dan makhluk tak nampak”
#Cerita tiga
Lokasi : RNR perasing
Tarikh ; Awal 2015
Waktu kejadian : 3.00 – 4.00 pagi
#“Aku nak ke Temerloh dari Kuala Terengganu, sampai di RNR Perasing rasa nak kencing, aku pun singgahla kat Perasing tu. Time tu takde kereta lain pun kat situ. Cuaca masa tu, baik je. Takde ribut, takde angin kuat. Masa aku lalu kat tepi taman permainan, aku nampak ada satu buaian berayun-ayun tapi aku tak layan sebab rasa nak kencing tak tertahan. Selesai qada hajat, aku lalu balik kat taman tu, buaian tu masih lagi berayun-ayun. Yang peliknya masa tu aku tak rase pun angin.” Sahabat ni seorang Hafiz Al-Quran jadi dia memang jenis kuat iman. Setakat usik-usik manja camni dia buat dek je.
#Cerita empat
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Julai 2015
Waktu kejadian : 10.00 malam – 12.00 tengah malam
#“Aku dengan kawan on the way balik ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami lancar je tanpa sebarang gangguan. Sampai je dekat area Jerangau, tiba-tiba aku nampak macam ada lori treler melintang tengah jalan. Aku pun apa lagi, brek la. Nasib baik takde apa-apa kat belakang. Elok je kereta kitorang slow down, lori tu tiba-tiba hilang. Aku pandang kawan aku kat sebelah, dia pandang aku. Aku pun cakap, syyhh nanti kita cerita. Pasang Al-Quran , teruskan perjalanan tanpa sepatah bicara”
#Cerita lima
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Ogos 2015
Waktu kejadian : 1.00 pagi – 2.00 pagi
#“Aku dengan budak aku on the way dari Paka nak ke workshop di Bukit Payong. Kami terpaksa balik sebab stok ducting dah habis. Sampai dekat area Jerangau aku potong satu kereta ni. Lepas tu tiba-tiba kereta tu ada balik depan kitorang. Aku pun tekan minyak nak potong balik kereta tu, sampai je dekat kereta tu, kereta tu terus hilang. Yang budak aku ni, buat mulut celupar boleh pulak dia cakap kat aku, “bos, mana kereta tadi. Ahh sudah. Hantu tu. Kita dah kena ni. Hantu tu.” aku terus cakap kat dia , diamlah. Lepas tu tiba-tiba je terbau busuk yang amat sangat. Budak tu boleh pulak cakap “Bau apa ni bos, bos kentut ke. Eh, ni macam bau bangkai. Ah sudah, dia main tumpang-tumpang pulak”. Aku pun terus pasang bacaan Al-Quran sambil menyumpah seranah budak tu. Tobat aku tak bawak lagi dia pergi Paka. Mulut takde insurans.”
#Ada banyak lagi cerita-cerita lain yang dikatakan berlaku di LPT2 ni tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab aku tak dengar dari orang yang mengalaminya sendiri. Lima cerita di atas diceritakan terus dari orang yang mengalami kejadian-kejadian tersebut. Selain itu, jika diperhatikan, kebanyakan kemalangan maut yang berlaku di LPT 2 terjadi di kawasan yang lebih kurang sama. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang beralun dan mungkin juga sebab terdapat gangguan makhluk Allah yang kita tidak nampak. Ingatlah, makhluk itu juga makhluk Allah dan sebaik-baik mereka adalah sejahat-jahat manusia. Sentiasalah berzikir dan mengingati Allah setiap masa. Insya Allah , kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan malaikatNya walau di mana kita berada.